JENIS-JENIS KAIN
1.
CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan
yang bergerutu, mudah dijaga dan
tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z
twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.
Crepe is the best type of
material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni memang
akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi
bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di
iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.
2.
JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan
dicetak di atasnya.
Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik
ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti
dalam menentukan corak tenunan di atas
kain.
Jacquard ni berkilat dan licin.
Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.
Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry
cleaning means problem solved)
3.
100% COTTON
Fiber semulajadi yang berasal dari
tanaman kapas. Kapas
membolehkan kulit untuk bernafas dengan
baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai.
Malahan ia juga senang untuk dicuci.
Antara ciri –
ciri lainnya :
j Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk.
j Menyerap keringat.
j Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam.
j Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang
dengan menggunakan detergent.
j Boleh dicuci atau di dry clean.
4.
RAYON
Rayon merupakan kain yang lembut dan
selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya serapan yang baik. Namun begitu
Rayon merupakan sejenis kain yang boleh menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di
pasaran iaitu untuk cucian kering atau cucian biasa.
Rayon ni is the cheapest. Corak
dan design may be akan sama dengan batik yang lain. Tapi kainnya sedikit keras.
So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die kalo nak tau rayon ke tak try pegi
komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2. Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer nnt
org kedai marah =)
5.
KAIN ORGANZA
Secara mudahnya,kain organza ini
dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang
sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik
seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk
mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah untuk pakaian pengantin.
6.
KAIN CHIFFON
Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan
sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain chiffon, kain chiffon yang diperbuat
dari poliester adalah paling susah untuk dye. Biasanya kain chiffon ni
digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.
Chiffon ni kain yang jarang (tu
yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb chiffon ni stretchable) dan
adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk dapat dah sekarang. Penjagaan
memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo ganas sangat pakai, tapi
sangat sejuk. Mudah iron juga.
7.
KAIN SATIN
Ia biasanya licin dan selalu
dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
8.
POLYESTER
Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat.
Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.
Antara ciri-ciri lainnya :
j
Bahan terasa
panas dibadan.
j
Tidak menyerap
keringat.
j
Apabila kulit
anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure
polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
j
Noda minyak dan
noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
j
Tahan direndam
dalam air lebih dari 3 jam
9.
SUTERA
Bahannya lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu
dikaikatkan wanita dan cinta.
Antara ciri-ciri
lainnya :
j Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya
jatuh (flowing).
j Menyerap keringat.
j Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya
bertahan lama.
10.
VISCOSE
Antara ciri – cirinya :
j Terasa lembut dan dingin di kulit
j Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
j Menyerap keringat
j Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam
dengan detergent lebih dari 1 jam.
j Boleh dicuci atau di dry clean
j Noda dari makanan atau minyak akan mudah
hilang dengan menggunakan detergent
11.
LINEN
Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen
sangat sesuai untuk produk – produk casual wear dan dresses
Antara ciri-ciri lainnya :
j Bahannya kaku dan dingin.
j Permukaan kain agak kasar.
j Menyerap keringat.
j 4x lebih lasak dari cotton.
j Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450
0 F).
j Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1
jam
12.
SONGKET
Songket
menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera
pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial
dikalangan bangsawan Melayu.
13. KAIN RENDA/SATIN yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan
utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
PILIHLA YANG BERKENAN DIHATI....
*actually dija xde stock untuk semua jenis kain diatas...hanya beberapa jenis je....just info untuk dikongsi bersama...;)
No comments:
Post a Comment